Penilaian E-Kelas Tahun 6 Sesi 1

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Ogos 2019 bersamaan hari Sabtu, Penilaian e-Kelas Tahun 6 Sesi 1 telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg.Semangar Dalam selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman para pelajar dalam subjek Matematik dan Sains bagi tahun 6 sepanjang tempoh pembelajaran selama 8 bulan melalui e-Kelas.Penilaian tersebut dijawab secara online melalui portal e-Kelas.

Diharapkan dengan adanya tuisyen percuma ini,dapat meningkatkan taraf pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan tidak mampu mengikuti tuisyen berbayar di kawasan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali